Skip to main content

Data Kemiskinan Makwe Dari UNICEF


Pernah suatu ketika dulu, gua pun pernah bercinta juga. Walaupun tidak sekerap orang lain bertukar pasangan, tetapi masih gua juga pernah bertukar pasangan.

Ada beberapa ketikanya, gua bertukar pasangan bukan sebab gua yang tinggalkan depa. Tapi si bodoh si bodoh itu yang tinggalkan gua tanpa sebab musabab yang kukuh. Macam hanat rasa bila patah hati versi kena tinggal ni.

Gua ni seorang lelaki yang sukakan kucing kot, mana mungkin lelaki penyayang macam gua akan berperilaku buruk seperti itu terhadap memakwe yang sedang mengenali hati budi gua.

Scene kena tinggal makwe ni ada lah dalam 3 kali dalam hidup gua. Satu daripadanya adalah official relationship. Atau lebih tepat, first relationship gua. Lama gua berhubungan dengan makwe ustajah ni. Dari form 3 hingga gua masuk matrics.

Cilaka! Gua taktau nak tulis pasal apa lagi kalau sembang pasal relationship ni, memandangkan gua pernah menjalin official relationship sekali tu je pun. Kahkah

Yang lain lain tu, sekadar di peringkat mengenali hati budi masing masing je. Tapi itu lah, walaupun ada perkataan "sekadar" kat situ, itu pun dah cukup pedih bagi gua.

Pernah satu musim tu, masa study Perlis gua kena tinggal dengan makwe Kelantan pehh patah dia macam hanat gua cakap. Gua taktau apa nak jadi dengan gua masa tu. Gua beli tiket bas. Gua balik kampung. Sampai kampung, sambil buka kunci pagar rumah mak gua tanya, "kenapa balik? Awak takda class ka?" Gua dengan steady masa tu jawab, "orang putus cinta Mak." Mak geleng kepala je tengok gua masa tu :(

Oh, ada lagi satu musim tu pulak, pun sama. Gua kena tinggal masa gua sambung study peringkat tinggi sikit. Masa tu lagi frust tak patut. Dengan stress thesisnya, dengan dateline courseworknya, dengan examnya dan dengan hati terlukanya si dia tu boleh ambil keputusan untuk get back pada boyfriend lama dia? Cilaka sungguh masa tu. Gua tak jadi orang masa tu. Gua punya jambang macam kanina pencacai najis dah. Dan masa tu lah secara tiba tiba anak jiran sebelah mengambil watak matahari memberi sinar dalam hidup gua. Terima kasih awak! Walaupun kita tak pernah sempat apa apa, tapi saya berterima kasih sangat sebab awak ada masa tu :)

Cerita cerita lain berkenaan makwe ni memang takde sangat gua rasa. Kalau ada pun, tu haa dengan makwe research sorang tu haa. Dalam 7 tahun jugak gua kejar dia tak dapat dapat. Pastu bukan nak kata gua give up ke apa bila nak masuk tahun ke-8 ni. Tapi Ijam pernah cakap, "look, antara eksperimen dengan bodoh ada beza tau tak!?" Macam tu lah lebih kurang. So, gua pun pakat buat takde apa apa je sekarang. Since sepanjang 7 tahun tu dah macam macam dah gua buat nak attract dia.

Kahkah, hopeless romantic gila!

Sebenarnya hasil hasil tulisan gua sebelum ni yang berunsur romantic antalogy (kat blog lagi satu) tu semuanya adalah berdasarkan kisah benar yang ditutup dengan bahasa bahasa yang tinggi dan bertapis. Sebab tu ada beberapa rakan yang kenal gua, depa cakap gua hopeless romantic. Padahal gua sendiri pun taktau hopeless romantic tu mende.

Jadi, bila kali ni atau kali akan akan datang gua nak buat comeback dalam arena percintaan ni, gua syak gua akan jadi seorang yang sangat selective. Tak, bukan gua nak cari kesempurnaan. Tapi cuma selective untuk fits dengan apa yang gua nak. Win win situation lah. Lu ada mentega, gua ada roti. Ah, gitu gitu lah.

Sekarang, sembang banyak pun tak guna.

Lu orang yang terbaca tulisan ni nii, doa doakan lah gua supaya gua jumpa kebahagiaan dan ketenangan yang gua cari dalam bentuk seorang gadis. Okay?

Mana tau, target gua nak pi umrah tahun ni disusuli dengan pakej makwe dan seterus seterusnya kee?

Haa gitu.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Cerita Sekarang ?

Sedari awal tahun itu hari, gua kerap terima soalan berbaur, "Brado apa cerita sekarang?" Secara personal, gua sendiri pun taktau nak cerita macam mana. Jadi gua cuba cerita serba ringkas kat sini. 1. Nov 2017 gua konvo. Sebelum gua bergerak ke Perlis untuk meraikan detik jatuh bangun gua masa study dulu, out of nowhere gua dapat banyak offer kerja dari pelbagai bidang. Di mana offer offer tersebut gua tak minta / apply pun. Sebab since day one bikin Brado, fokus gua hanyalah pada Brado. Gua tak pernah edit resume, apatah lagi apply mana mana kerja. Tetapi offer offer yang gua dapat tersebut adalah rezeki disebalik ke-steady-an gua mengemudi Brado. Ada orang aware dengan fokus gua, depa tertarik dan kemudian offer gua benda sedap sedap. 2. Disebabkan terlalu banyak offer yang datang, membuatkan gua berfikir balik tentang apa yang gua nak sebenarnya dalam hidup ni? Dari segi career dan satisfaction. 3. Gua ambil keputusan untuk left Brado dan serahkan perusahaan te...

Bekerja Seperti Seekor Babi

Labour of hate // Carburetor Dung Gua sejak sejak kerja 100% as freelancer ni, ramai betul orang tuduh gua workaholic. Gua macam nak gelak kecil juga sebenarnya sebab gua sendiri tak sure gua eja workaholic tu betul ke tak. Tiap kali nak eja mesti teringat minuman fav gua masa kecik kecik dulu, Horlicks. Disebabkan word workaholic tu terlalu power pada gua, gua lagi prefer penggunaan perkataan "kerja keras" dalam kehidupan seharian gua. Barulah ada bunyian rock nusantara! Aduh, perut buat hal pulak! Ni mesti kes gua sarapan cereal pastu makan ubat ubatan lah ni. Gila betul, makan susu campoq ubat. Gua macam was was juga tadi, tapi sebab memang malas nak makan makanan lain, gua bebuat yakin jee. Sat, bagi gua membuang sat. xxx Ada apa dengan kerja keras ni sebenarnya? Tak, macam ni. Macam tadi gua sebut, ramai yang tuduh gua yang kerja biasa biasa ni sebagai gua kerja keras gila babi. Gua macam nak deny juga hakikat tu sebenarnya. Sebab yelah, gua kerja as ...