Skip to main content

Apa Cerita Sekarang ?


Sedari awal tahun itu hari, gua kerap terima soalan berbaur, "Brado apa cerita sekarang?"

Secara personal, gua sendiri pun taktau nak cerita macam mana. Jadi gua cuba cerita serba ringkas kat sini.

1. Nov 2017 gua konvo. Sebelum gua bergerak ke Perlis untuk meraikan detik jatuh bangun gua masa study dulu, out of nowhere gua dapat banyak offer kerja dari pelbagai bidang. Di mana offer offer tersebut gua tak minta / apply pun. Sebab since day one bikin Brado, fokus gua hanyalah pada Brado. Gua tak pernah edit resume, apatah lagi apply mana mana kerja. Tetapi offer offer yang gua dapat tersebut adalah rezeki disebalik ke-steady-an gua mengemudi Brado. Ada orang aware dengan fokus gua, depa tertarik dan kemudian offer gua benda sedap sedap.
2. Disebabkan terlalu banyak offer yang datang, membuatkan gua berfikir balik tentang apa yang gua nak sebenarnya dalam hidup ni? Dari segi career dan satisfaction.
3. Gua ambil keputusan untuk left Brado dan serahkan perusahaan tersebut sepenuhnya pada Jay dengan mengeluarkan share dari akaun Brado.
4. To be fair and square, untuk menjaga hati semua pihak gua tolak semua offer yang datang secara tiba tiba tersebut.
5. Gua balik kampung. Gua nak reset balik matlamat gua.
6. Gua mengalami tekanan yang serius kerana dengan secara tiba tiba gua tak jumpa apa yang gua nak dalam hidup ni. Gua lost.
7. Sebulan penuh, gua hanya terperap dalam bilik dan hanya keluar bila perlu sahaja.
8. Gua dah rasa sampah sangat, gua rasa gua perlu buat sesuatu. Sampai bila nak macam ni?
9. Gua cuba buat kerja kerja marketing secara freelance. Tak syok.
10. Gua apply jadi tutor di sebuah pusat tuisyen. Gua diterima. Dan untuk first class gua, student gua ada sorang je masa tu. Gaji RM28 sekepala. Jadi, pertama kali dalam sejarah gua menerima gaji paling rendah dalam hidup gua.
11. Ada sekali tu gua saja try walk in interview di sebuah agensi pelancong. Gua dapat. Gua terima walaupun gua sendiri tak sure boleh buat ke tak. Tempoh percubaan 3 bulan.
12. Gua dapat call dari sebuah badan kerajaan untuk temuduga saringan. Gua pergi, dan interviewer dapati gua terlalu positif. So, gua tunggu kot kot dapat panggilan temuduga terakhir.
13. Student pusat tuisyen gua dah bertambah, dan gua juga diminta untuk mengajar subjek yang lain.
14. Gua apply lagi beberapa pusat tuisyen lain untuk memantapkan lagi teaching profile gua. Dan ya, gua dapat. So sekarang student gua ada lah dalam 80 orang kalau ditambah semua.
15. Tempoh percubaan gua untuk agensi pelancongan tersebut berbaki lagi sebulan. Dan gua dah prepare kot kot di-terminate. Gua, tutor. Jadi, income bulanan gua masih ada.
16. Disebabkan gua bergerak sendiri (kerja), gua happy dan tenang. Sedar tak sedar kalau dicampur semua income gua dah sama level dengan bebudak makan gaji dah pun. Cuma itulah, gua buat banyak kerja lah untuk dapatkan hasil macam tu.
17. Gua ada plan untuk belajar beberapa benda baru. Benda yang gua dah lama nak buat tapi belum rezeki nak buat, adalah belajar main gitar.
18. Orang yang tahu cerita gua maybe cakap gua beruntung sebab gua banyak soft skill. Boleh kerja macam macam. Sebenarnya gua tak beruntung mana pun, sebab untuk kesemua soft skill yang gua ada sekarang, adalah dengan intention dan semangat gua saja.
19. Berbalik pada point asal, Brado sekarang dalam status hiatus. Jay pun dah ada komitmen lain sekarang.
20. Gua sedang bergerak untuk jadi manusia yang lebih baik dan pejuh dengan value. Bukan untuk please orang lain,tapi untuk kebaikan diri sendiri.
21. Gua ingat gua nak pergi umrah tahun ni kalau ada rezeki dan wang mencukupi. Dan secara tiba tiba gua punya satu impian, iaitu mencapai first million gua sebelum 35 tahun.

Bila ditenung kembali, cilaka apa ni serba ringkas? Kahkah. Tak apa lah, gua saja nak share.

Jadi, itu sajalah.

Jangan lupa doakan kesejahteraan dan kebahagiaan gua, okay?

Comments

Popular posts from this blog

Bekerja Seperti Seekor Babi

Labour of hate // Carburetor Dung Gua sejak sejak kerja 100% as freelancer ni, ramai betul orang tuduh gua workaholic. Gua macam nak gelak kecil juga sebenarnya sebab gua sendiri tak sure gua eja workaholic tu betul ke tak. Tiap kali nak eja mesti teringat minuman fav gua masa kecik kecik dulu, Horlicks. Disebabkan word workaholic tu terlalu power pada gua, gua lagi prefer penggunaan perkataan "kerja keras" dalam kehidupan seharian gua. Barulah ada bunyian rock nusantara! Aduh, perut buat hal pulak! Ni mesti kes gua sarapan cereal pastu makan ubat ubatan lah ni. Gila betul, makan susu campoq ubat. Gua macam was was juga tadi, tapi sebab memang malas nak makan makanan lain, gua bebuat yakin jee. Sat, bagi gua membuang sat. xxx Ada apa dengan kerja keras ni sebenarnya? Tak, macam ni. Macam tadi gua sebut, ramai yang tuduh gua yang kerja biasa biasa ni sebagai gua kerja keras gila babi. Gua macam nak deny juga hakikat tu sebenarnya. Sebab yelah, gua kerja as ...

Data Kemiskinan Makwe Dari UNICEF

Pernah suatu ketika dulu, gua pun pernah bercinta juga. Walaupun tidak sekerap orang lain bertukar pasangan, tetapi masih gua juga pernah bertukar pasangan. Ada beberapa ketikanya, gua bertukar pasangan bukan sebab gua yang tinggalkan depa. Tapi si bodoh si bodoh itu yang tinggalkan gua tanpa sebab musabab yang kukuh. Macam hanat rasa bila patah hati versi kena tinggal ni. Gua ni seorang lelaki yang sukakan kucing kot, mana mungkin lelaki penyayang macam gua akan berperilaku buruk seperti itu terhadap memakwe yang sedang mengenali hati budi gua. Scene kena tinggal makwe ni ada lah dalam 3 kali dalam hidup gua. Satu daripadanya adalah official relationship. Atau lebih tepat, first relationship gua. Lama gua berhubungan dengan makwe ustajah ni. Dari form 3 hingga gua masuk matrics. Cilaka! Gua taktau nak tulis pasal apa lagi kalau sembang pasal relationship ni, memandangkan gua pernah menjalin official relationship sekali tu je pun. Kahkah Yang lain lain tu, sekadar...