Skip to main content

Minda Seorang Pahlawan Dahagakan Air



Hari itu matahari sangat terik. Cahaya menyilau merembes hangat yang tak patut. Aku dahaga. Aku mahu mandi. Sesekali aku menyeluk poket mencari lebihan wang kertas bagi membeli sebotol air isotonik.

*seluk poket*
*kosong*

Faker, aku mati dalam keadaan dahaga ini hari. Tiada lebihan duit dalam poket, apatah lagi dalam dompet. Tragedi apa lagi yang akan aku lalui. Budaya minum air paip masjid sudah lama aku tinggalkan. Terakhir kali adalah zaman ijazah dahulu. Itu pun sebab dahaga lepas latihan ragbi, bukan kerana tiada tunai.

Anak mataku mengekor gerak langkah seorang mamat di seberang jalan. Entah apa yang dibuatnya tengah terik begini. Tidakkah dia berasa kekeringan di kerongkong, macam aku? Atau, adakah dia cuba meraih simpati depan aku - yang juga kedahagaan dan tiada duit ini?

Persoalan demi persoalan muncul, semacam makcik bawang yang leka bermain facebook.

Aku harus hentikan persoalan persoalan liar dan perangai selalu memerhati orang ini dengan segera. Kalau makcik bawang bisa tenang bersama bawangnya, takkan aku tidak boleh bertenang bersama peluh yang mengalir di seluruh tubuhku?

Aku harus bergerak. Aku harus meninggalkan semua di depan mata ke belakang.

Melangkah dan melangkah, dan cari punca air di tempat lain. Mungkin aku tidak dapat akan airnya, tapi akan dapat hasil berupa wang ringgit. Jadilah, asalkan tidak menyambung budaya minum air paip masjid lagi.

***

Tapi bila fikir fikir balik, kebanyakan masjid sekarang dah ada water cooler/ coway/ cuckoo. Air sejuk pulak tu, Ah, pergi masjid jelah.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Cerita Sekarang ?

Sedari awal tahun itu hari, gua kerap terima soalan berbaur, "Brado apa cerita sekarang?" Secara personal, gua sendiri pun taktau nak cerita macam mana. Jadi gua cuba cerita serba ringkas kat sini. 1. Nov 2017 gua konvo. Sebelum gua bergerak ke Perlis untuk meraikan detik jatuh bangun gua masa study dulu, out of nowhere gua dapat banyak offer kerja dari pelbagai bidang. Di mana offer offer tersebut gua tak minta / apply pun. Sebab since day one bikin Brado, fokus gua hanyalah pada Brado. Gua tak pernah edit resume, apatah lagi apply mana mana kerja. Tetapi offer offer yang gua dapat tersebut adalah rezeki disebalik ke-steady-an gua mengemudi Brado. Ada orang aware dengan fokus gua, depa tertarik dan kemudian offer gua benda sedap sedap. 2. Disebabkan terlalu banyak offer yang datang, membuatkan gua berfikir balik tentang apa yang gua nak sebenarnya dalam hidup ni? Dari segi career dan satisfaction. 3. Gua ambil keputusan untuk left Brado dan serahkan perusahaan te...

Bekerja Seperti Seekor Babi

Labour of hate // Carburetor Dung Gua sejak sejak kerja 100% as freelancer ni, ramai betul orang tuduh gua workaholic. Gua macam nak gelak kecil juga sebenarnya sebab gua sendiri tak sure gua eja workaholic tu betul ke tak. Tiap kali nak eja mesti teringat minuman fav gua masa kecik kecik dulu, Horlicks. Disebabkan word workaholic tu terlalu power pada gua, gua lagi prefer penggunaan perkataan "kerja keras" dalam kehidupan seharian gua. Barulah ada bunyian rock nusantara! Aduh, perut buat hal pulak! Ni mesti kes gua sarapan cereal pastu makan ubat ubatan lah ni. Gila betul, makan susu campoq ubat. Gua macam was was juga tadi, tapi sebab memang malas nak makan makanan lain, gua bebuat yakin jee. Sat, bagi gua membuang sat. xxx Ada apa dengan kerja keras ni sebenarnya? Tak, macam ni. Macam tadi gua sebut, ramai yang tuduh gua yang kerja biasa biasa ni sebagai gua kerja keras gila babi. Gua macam nak deny juga hakikat tu sebenarnya. Sebab yelah, gua kerja as ...

Data Kemiskinan Makwe Dari UNICEF

Pernah suatu ketika dulu, gua pun pernah bercinta juga. Walaupun tidak sekerap orang lain bertukar pasangan, tetapi masih gua juga pernah bertukar pasangan. Ada beberapa ketikanya, gua bertukar pasangan bukan sebab gua yang tinggalkan depa. Tapi si bodoh si bodoh itu yang tinggalkan gua tanpa sebab musabab yang kukuh. Macam hanat rasa bila patah hati versi kena tinggal ni. Gua ni seorang lelaki yang sukakan kucing kot, mana mungkin lelaki penyayang macam gua akan berperilaku buruk seperti itu terhadap memakwe yang sedang mengenali hati budi gua. Scene kena tinggal makwe ni ada lah dalam 3 kali dalam hidup gua. Satu daripadanya adalah official relationship. Atau lebih tepat, first relationship gua. Lama gua berhubungan dengan makwe ustajah ni. Dari form 3 hingga gua masuk matrics. Cilaka! Gua taktau nak tulis pasal apa lagi kalau sembang pasal relationship ni, memandangkan gua pernah menjalin official relationship sekali tu je pun. Kahkah Yang lain lain tu, sekadar...