Gua start niaga sendiri dengan bakat serta minat yang ada dalam diri gua. Ada satu malam tu entah perasaan gundah apa yang melanda gua dan partner gua, Jay mengutarakan untuk kerah tenaga sepanjang harinya untuk menjadi pemandu grab dari pagi sampai ke tengah pagi esoknya yang memaksa gua untuk berkerja seorang diri di uptown 24 menghadap memakwe pelbagai rupa dan bentuk untuk 7 jam lamanya. Tapi gua rileks, gua okay saja. Gua dah memang biasa handle kerja-kerja pemakanan ni since kecik lagi.
Gua ingat lagi first time gua masuk dapur (memasak) adalah ketika berumur 9 tahun. First attempt gua ialah nasi goreng mamak versi budak 9 tahun. Masa tengah into scene tu, tetengah pagi juga masa parents gua sedang enak dibuai mimpi. Dari nasi goreng mamak versi 9 tahun itulah gua ambil keputusan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah ketika tingkatan tiga dalam pertandingan memasak yang 97% para pesertanya adalah perempuan dan lagi 3% tu adalah team gua, demi lencana di dada sekolah semua lelaki. Long story short, team gua kalah dalam pertandingan tersebut atas faktor cikgu gua salah dapat t&c dari pihak PPD. Team gua terguna tema tahun lepas punya, memang out of service terus lah cerita dia kahkah
Lupakan hal di belakang kerana yang menyuluh pasti ke depan. Berbalik kepada cerita tadi, Jay dan gua seharian suntuk tak makan apa apa yang bernama makanan kerana masing masing sibuk mengejar entah apa yang dicari. Macam Jay, seharian buat Grab bila lapar dia alas dengan rokok dan air mineral 10 sen 1000 mililiter saja. Gua pula, walaupun gua niaga makan gua tak simply makan produk gua sendiri, dan disebabkan terlalu sibuk ralit handle stall sesorang memang tak sempat makan. Gua alas perut dengan kopi ais ikat tepi dan beberapa batang surya yang dibeli batang sebab tembakau dan daun tertinggal kat rumah je.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi, Jay menyapa gua dari belakang menandakan dia dah settle buat grab. Tak sempat duduk Jay mengeluh, tayar kereta pecah lepas hantar last rider si Subang tadi. Gila, dugaan apakah ini. Tayar pecah semasa perut lapar dan tak berduit sangat ni? Jay order nescafe ais lalu mempelawa gua untuk minum tapi gua menolak, "tak, takpa. gua tak minum nescafe."
Usai settle closing stall, kami menderu ke Tujuh tempat kami menempa mimpi yang sedang direvolusikan ini. Semasa duduk membonceng di atas motor, sambil menikmati embun pagi dan bauan biji kopi dari kilang Cadbury, gua mencongak dalam minda mengira berapa sen yang tinggal dalam dompet gua. Gua yakin baki masih memihak pada gua, gua pesan pada Jay supaya singgah di Hakim. Gua tanya, "lu nak makan tak?" Jay menggeleng kepala, "tak, kenyang." Lantas gua memasuki premis berkenaan meninggalkan Jay lalu order 5 keping roti canai bersama kuah dal campur kari. Jangan mengarutlah kenyang, gua tau Jay tak makan lagi. Sama macam gua. Siap order, kami pun gerak ke rumah.
Elok gua turun dari motor untuk buka kunci pintu, Jay pun turut serta sambil menggalas beberapa barangan niaga tadi. Di saat inilah momen indah berlaku, di mana di saat Jay ingin mengambil plastik bungkusan roti canai yang gua tapau tadi bungkusan kual dal campur gua terjatuh ke atas lantai dan pecah.
"Kahkah!" Gua gelak kuat depan pintu.
"Aduh, sorry doh Mad. Tak perasan bai." Jay minta maaf.
"Lu jangan cakap banyak. Gua angkat barang, lu cuci lantai ni bersih bersih. Bising pulak bebudak ni esok pagi." Gua bagi arahan dalam keadaan yang masih ketawa.
Gua geleng kepala lalu masuk ke dalam rumah. Masuk dalam rumah, Jay masih tak henti menyebut kesalnya. Gua geleng kepala lagi sekali.
"Lu rileks dah lah. Inilah namanya tak ada rezeki." Gua nasihat dia dalam keadaan tenang.
Secara jujurnya, gua seriously okay saja even gua kuah tersebut jatuh dan pecah dan gua. Dah memang tertulis bukan rezeki gua pagi tu, nak buat macam mana kan?
"Lu nak gerak terus ke apa ni?" Gua tanya Jay sebab tadi dia kata dia nak balik kampung kejap.
"A'ah Mad, gerak terus lah." Jay menjawab.
"Lu jangan mengada, gua dah beli roti kosong 5 keping tadi. Mana lalu gua makan sorang." Gua tinggi suara sikit, memaksa Jay turut serta.
Jay akur dan mengekori gua dari belakang.
"Tapiii, bebetul roti kosong lah. Kuahnya tak ada." Gua sambung lalu tertawa macam gampang dan diikuti dengan gelak tawa dari Jay juga.
Malam tu adalah sejarah buat kami. Tatkala Jay diduga bermacam dugaan since pagi tadi hingga lah depan pintu rumah, aku menetapkan hati bahawa semua yang terjadi ini adalah dengan izin Tuhan. Gua tak ada syak langsung pada Dia, sebab gua tahu, kalau bukan rezeki gua sekarang mesti esok lusa rezeki gua datang sujud kaki gua juga. Semuanya dengan izinNya.
Cerita post-Subuh:
Gua dan Jay terkulat kulat makan roti kosong yang bebetul kosong tadi. Sambil mengunyah kekeringan, dan saling menolak roti yang kelima.

Comments
Post a Comment