Skip to main content

Bekerja Seperti Seekor Babi



Labour of hate // Carburetor Dung

Gua sejak sejak kerja 100% as freelancer ni, ramai betul orang tuduh gua workaholic. Gua macam nak gelak kecil juga sebenarnya sebab gua sendiri tak sure gua eja workaholic tu betul ke tak. Tiap kali nak eja mesti teringat minuman fav gua masa kecik kecik dulu, Horlicks.

Disebabkan word workaholic tu terlalu power pada gua, gua lagi prefer penggunaan perkataan "kerja keras" dalam kehidupan seharian gua. Barulah ada bunyian rock nusantara!

Aduh, perut buat hal pulak! Ni mesti kes gua sarapan cereal pastu makan ubat ubatan lah ni. Gila betul, makan susu campoq ubat. Gua macam was was juga tadi, tapi sebab memang malas nak makan makanan lain, gua bebuat yakin jee.

Sat, bagi gua membuang sat.

xxx

Ada apa dengan kerja keras ni sebenarnya?

Tak, macam ni. Macam tadi gua sebut, ramai yang tuduh gua yang kerja biasa biasa ni sebagai gua kerja keras gila babi. Gua macam nak deny juga hakikat tu sebenarnya. Sebab yelah, gua kerja as freelancer kot. Memang sudah tertulis bahawa fleksibiliti tu adalah makanan gua. Masa yang fleksibel. Payment yang fleksibel. Mahupun, beban yang fleksibel. Cukup sekadar itu.

Ceritanya, sebulan yang lepas gua pernah dikejarkan ke emergency ward sebab demam panas bersuhu hampir 40 celcius. Sedangkan masa tu gua rasa sejuk namati, gua selubung selimut je masa tu. Jadi sepanjang sebulan dari tempoh dikejarkan ke hospital tu, gua punya sakit sakit masuk dalam kategori on off - on off. Gua macam penatlah jugak bila asyik on off -  on off gitu.

Takmau panjang cerita, gua pi hospital lagi semalam. Kung kang kung kang, amik blood test apa semua kemudian tibalah masanya berjumpa dengan doktor. Doktor cakap darah okay, so dia pun tak sure kenapa gua sakit macam tu. Lepas selidik punya selidik, Doktor tu lepas ayat, "lepas ni make sure awak rehat cukup setiap hari. Tidur malam, jangan tidur lambat. Waktu paling sesuai, 10pm hingga 6am. Balik ni rehat! And bla bla bla..."

Gua dengar, gua sengih je. Dia taktau, lepas gua settle appointment dengan dia ni gua nak kena pi Tronoh jumpa client. Gua freelancer kot, pedulik apa. Gua garang. Kahkah.

Benda benda yang gua alami dan buat ni, sikit pun tak menunjukkan gua kerja keras sebenarnya. Sebab pada gua, gua tak pernah lagi jumpa orang kerja keras macam Jay sepanjang hidup gua. Ini serius!

Dulu masa niaga, rutin Jay gila babi sikit. Malam niaga, dari 8pm ke 3am. Balik, tidur pukul 6am keluar buat Grab pulak, hinggalah pukul 3pm. Kekadang sampai 5pm. Ikut keadaan. Gua selalu jugak sound Jay, kerja gila babi macam mana pun, kesihatan kena jaga. Kalau sakit, naya. Kerja tak boleh buat, pastu kena melepet kat rumah je. Duit pun tak masuk, lagi keluar ada lah sebab kena beli ubat serba serbi. Sampai satu tahap, gua ada propose sama Jay supaya Brado amik medical card untuk staff (gua dengan Jay lah!). Yelah, benda benda macam ni semua kebajikan pekerja bai. Gua kalau Jay tempang, macam mana gua nak okay. Samalah juga kalau gua tempang, macam mana Jay nak okay? Tapi tu lah, Jay kerja gila babi pun, masa tu makwe dia tinggalkan dia. Hanat tul!

Gua kalau nak kerja gila babi, mesti gua ingat rutin Jay dulu dulu. Gua sentiasa rasa gua tak cukup kerja keras macam Jay lagi. Perhaps, never. Jadi, sempena 1 Mei Hari Buruh Sedunia ni gua nak nasihat satu benda je.

Ingat. Kerja walaupun itu passion lu, lu deserve untuk berehat jugak. At one point, lu kena "fuck it, and leave it!" for a moment.

Okay?

Apa apa hal pun, gua kena rehat dulu ni kakaka


Comments

Popular posts from this blog

Apa Cerita Sekarang ?

Sedari awal tahun itu hari, gua kerap terima soalan berbaur, "Brado apa cerita sekarang?" Secara personal, gua sendiri pun taktau nak cerita macam mana. Jadi gua cuba cerita serba ringkas kat sini. 1. Nov 2017 gua konvo. Sebelum gua bergerak ke Perlis untuk meraikan detik jatuh bangun gua masa study dulu, out of nowhere gua dapat banyak offer kerja dari pelbagai bidang. Di mana offer offer tersebut gua tak minta / apply pun. Sebab since day one bikin Brado, fokus gua hanyalah pada Brado. Gua tak pernah edit resume, apatah lagi apply mana mana kerja. Tetapi offer offer yang gua dapat tersebut adalah rezeki disebalik ke-steady-an gua mengemudi Brado. Ada orang aware dengan fokus gua, depa tertarik dan kemudian offer gua benda sedap sedap. 2. Disebabkan terlalu banyak offer yang datang, membuatkan gua berfikir balik tentang apa yang gua nak sebenarnya dalam hidup ni? Dari segi career dan satisfaction. 3. Gua ambil keputusan untuk left Brado dan serahkan perusahaan te...

Data Kemiskinan Makwe Dari UNICEF

Pernah suatu ketika dulu, gua pun pernah bercinta juga. Walaupun tidak sekerap orang lain bertukar pasangan, tetapi masih gua juga pernah bertukar pasangan. Ada beberapa ketikanya, gua bertukar pasangan bukan sebab gua yang tinggalkan depa. Tapi si bodoh si bodoh itu yang tinggalkan gua tanpa sebab musabab yang kukuh. Macam hanat rasa bila patah hati versi kena tinggal ni. Gua ni seorang lelaki yang sukakan kucing kot, mana mungkin lelaki penyayang macam gua akan berperilaku buruk seperti itu terhadap memakwe yang sedang mengenali hati budi gua. Scene kena tinggal makwe ni ada lah dalam 3 kali dalam hidup gua. Satu daripadanya adalah official relationship. Atau lebih tepat, first relationship gua. Lama gua berhubungan dengan makwe ustajah ni. Dari form 3 hingga gua masuk matrics. Cilaka! Gua taktau nak tulis pasal apa lagi kalau sembang pasal relationship ni, memandangkan gua pernah menjalin official relationship sekali tu je pun. Kahkah Yang lain lain tu, sekadar...