Skip to main content

Tragedi RM2.50 Menjadi RM200


Pagi ni, playlist gua memainkan lagu Redline // Shizuka, dan secara tak sengajanya juga gua sing along part korus "it was you...call me and told me help me up and shine up my life. it was you...call me again till lonely aaa... it was you...call me and told me help me up and shine up my life. it was you... told me the lies i always spoke..." Real juga bila nyanyi english dengan lancar dan tetiba terfikirkan yang gua ni nak follow orang tahlil pun terkial kial lagi kahkah

Gua sejak dari mula niaga sampai lah sekarang, sudah beberapa kali dilimpahi dengan texts dari memember dan kenalan untuk offer gua sebarang dua vacancies. Ada sekali tu member gua offer kerja kilang handle operation di Indonesia. Gua macam, "wow, orite jugak ni." Tapi itulah, perbualan kami berakhir dengan "okay, nanti gua bagi lu email hr." And *pappp* dia sepi berminggu lamanya. Jenis bagi harapan lebih, padahal boleh je bebila teringat text gua terus email hr dia. Tapi lu orang jangan risau, exactly lepas perbualan kami tu gua terus google nama kampeni dia dan simpan email hr senyap senyap. Itu baru cerita seorang teman, belum lagi beberapa yang lain.

Memandangkan gua seorang yang selalu memandang ke depan, gua masih steady fokus dengan perusahaan ayam goreng gua. Ada satu malam Sabtu tu gua terpaksa niaga seorang diri, Jay bikin Grab itu malam, orang ramai gila serang stall gua. Gua prepare ayam macam biasa, average Sabtu lepas lepas dan nak dijadikan cerita, hasil serangan dari orang ramai dan ketangkasan gua bikin kerja sorang-sorang tadi, gua berjaya bikin sales malam itu dengan hanya sejam setengah sahaja. Bila Jay sampai uptown nak pick up gua, dia terkejut, "nakharam, baru pukul 11.30 bai. habis dah?" Gua bidas dengan, "alhamdulillah, rezeki malam ni Jay. gua tengah congak dalam kepala gaji gua hari ni nii..." sambil berdekah teruja sikit.

Untuk achievement itu malam, gua sebenarnya pelik juga dengan rezeki yang gua dapat. Gua duduk dalam kereta sambil sambil layan BFM, baru gua teringat. Mungkin rezeki yang gua dapat malam tadi sebab gua belanja nasi lemak kat guard taman pagi tadi kot. Real punya muhasabah sebab gua tak jumpa punca hakiki yang lain kenapa tetiba sales itu hari kencang. Nak cerita lagi real, modal gua belanja nasi lemak pada guard tadi hanyalah sebanyak rm2.50 untuk nasi lemak telur mata. Gua beli dua sebenarnya, sebungkus lagi nasi lemak biasa. Sedetik nak bagi nasi lemak pada guard tu, seakan dapat wahyu dari langit, gua teringat pesan Tuhan dalam Quran, "kalau nak bagi, kena bagi yang terbaik." Entah tidak semena mena tangan gua capai nasik lemak telur mata yang asalnya memang untuk gua santap pagi itu dan terus beri pada guard tadi. Maybe lah, maybe. Itu asbabnya.

Sejak dari hari tu, hari hari gua cuba juga memberi walaupun sedikit. Paling koman, baki sen dari gua minum di kedai Abe gua masuk dalam tabung pondok mana entah yang terletak di sebelah kaunter. Gua ingat, sedekah time susah ni lagi mujarab. Sebab gua terfikir juga, kalau gua dok hari hari tunggu nak kaya baru nak sedekah entah bila lah waktunya gua akan kaya. Entah 5 tahun lagi atau tak pernah kaya langsung (?)

Gua cuba lah, gua cuba terapkan disiplin baru ni pada diri gua walaupun gua kekadang gaji sehari rm3 je. Ya, itu kisah benar. Gaji paling kecil gua pernah dapat sepanjang berniaga ni adalah rm3. Amacam, lu fikir lah dengan rm3 tu gua boleh makan apa dan berapa kali je untuk esok harinya?

Nak survive bukan senang. Gua syak gua dah semakin adapt dengan kemiskinan yang melanda gua ni. Maybe dari segi financial, pendapatan gua tak sedap mana (memang tak sedap pun), tapi alhamdulillah belakangan ni gua kerap rasa apa yang gua ada sekarang ni cukup seadanya.

Maka, nikmat Tuhan apakah yang lu nafikan?

Comments

Popular posts from this blog

Apa Cerita Sekarang ?

Sedari awal tahun itu hari, gua kerap terima soalan berbaur, "Brado apa cerita sekarang?" Secara personal, gua sendiri pun taktau nak cerita macam mana. Jadi gua cuba cerita serba ringkas kat sini. 1. Nov 2017 gua konvo. Sebelum gua bergerak ke Perlis untuk meraikan detik jatuh bangun gua masa study dulu, out of nowhere gua dapat banyak offer kerja dari pelbagai bidang. Di mana offer offer tersebut gua tak minta / apply pun. Sebab since day one bikin Brado, fokus gua hanyalah pada Brado. Gua tak pernah edit resume, apatah lagi apply mana mana kerja. Tetapi offer offer yang gua dapat tersebut adalah rezeki disebalik ke-steady-an gua mengemudi Brado. Ada orang aware dengan fokus gua, depa tertarik dan kemudian offer gua benda sedap sedap. 2. Disebabkan terlalu banyak offer yang datang, membuatkan gua berfikir balik tentang apa yang gua nak sebenarnya dalam hidup ni? Dari segi career dan satisfaction. 3. Gua ambil keputusan untuk left Brado dan serahkan perusahaan te...

Bekerja Seperti Seekor Babi

Labour of hate // Carburetor Dung Gua sejak sejak kerja 100% as freelancer ni, ramai betul orang tuduh gua workaholic. Gua macam nak gelak kecil juga sebenarnya sebab gua sendiri tak sure gua eja workaholic tu betul ke tak. Tiap kali nak eja mesti teringat minuman fav gua masa kecik kecik dulu, Horlicks. Disebabkan word workaholic tu terlalu power pada gua, gua lagi prefer penggunaan perkataan "kerja keras" dalam kehidupan seharian gua. Barulah ada bunyian rock nusantara! Aduh, perut buat hal pulak! Ni mesti kes gua sarapan cereal pastu makan ubat ubatan lah ni. Gila betul, makan susu campoq ubat. Gua macam was was juga tadi, tapi sebab memang malas nak makan makanan lain, gua bebuat yakin jee. Sat, bagi gua membuang sat. xxx Ada apa dengan kerja keras ni sebenarnya? Tak, macam ni. Macam tadi gua sebut, ramai yang tuduh gua yang kerja biasa biasa ni sebagai gua kerja keras gila babi. Gua macam nak deny juga hakikat tu sebenarnya. Sebab yelah, gua kerja as ...

Data Kemiskinan Makwe Dari UNICEF

Pernah suatu ketika dulu, gua pun pernah bercinta juga. Walaupun tidak sekerap orang lain bertukar pasangan, tetapi masih gua juga pernah bertukar pasangan. Ada beberapa ketikanya, gua bertukar pasangan bukan sebab gua yang tinggalkan depa. Tapi si bodoh si bodoh itu yang tinggalkan gua tanpa sebab musabab yang kukuh. Macam hanat rasa bila patah hati versi kena tinggal ni. Gua ni seorang lelaki yang sukakan kucing kot, mana mungkin lelaki penyayang macam gua akan berperilaku buruk seperti itu terhadap memakwe yang sedang mengenali hati budi gua. Scene kena tinggal makwe ni ada lah dalam 3 kali dalam hidup gua. Satu daripadanya adalah official relationship. Atau lebih tepat, first relationship gua. Lama gua berhubungan dengan makwe ustajah ni. Dari form 3 hingga gua masuk matrics. Cilaka! Gua taktau nak tulis pasal apa lagi kalau sembang pasal relationship ni, memandangkan gua pernah menjalin official relationship sekali tu je pun. Kahkah Yang lain lain tu, sekadar...