Skip to main content

Disclaimer Para Hadiran

Ingatlah pesan gua ni elok-elok, menjadi miskin ni adalah satu fitrah yang tak semua orang lalui dalam moment dan sifat yang sama. Yang penting apa lu tau? Yang penting, lu enjoy the moment when you're definetely broke. Menjadi miskin bukanlah satu dosa ianya adalah nahu dalam sebuah kehidupan. Oh, and please. Menjadi miskin ni bukan semata demi duit sahaja, kekadang ilmu, kebahagiaan, empati dan harapan juga boleh diilustrasikan sebagai kemiskinan. So, bear in your mind. Gua akan tulis moment moment atau notable quote berkenaan Menjadi Miskin selama mana yang gua nak. Selamat follow dan membaca!

Comments

Popular posts from this blog

Apa Cerita Sekarang ?

Sedari awal tahun itu hari, gua kerap terima soalan berbaur, "Brado apa cerita sekarang?" Secara personal, gua sendiri pun taktau nak cerita macam mana. Jadi gua cuba cerita serba ringkas kat sini. 1. Nov 2017 gua konvo. Sebelum gua bergerak ke Perlis untuk meraikan detik jatuh bangun gua masa study dulu, out of nowhere gua dapat banyak offer kerja dari pelbagai bidang. Di mana offer offer tersebut gua tak minta / apply pun. Sebab since day one bikin Brado, fokus gua hanyalah pada Brado. Gua tak pernah edit resume, apatah lagi apply mana mana kerja. Tetapi offer offer yang gua dapat tersebut adalah rezeki disebalik ke-steady-an gua mengemudi Brado. Ada orang aware dengan fokus gua, depa tertarik dan kemudian offer gua benda sedap sedap. 2. Disebabkan terlalu banyak offer yang datang, membuatkan gua berfikir balik tentang apa yang gua nak sebenarnya dalam hidup ni? Dari segi career dan satisfaction. 3. Gua ambil keputusan untuk left Brado dan serahkan perusahaan te...

Data Kemiskinan Makwe Dari UNICEF

Pernah suatu ketika dulu, gua pun pernah bercinta juga. Walaupun tidak sekerap orang lain bertukar pasangan, tetapi masih gua juga pernah bertukar pasangan. Ada beberapa ketikanya, gua bertukar pasangan bukan sebab gua yang tinggalkan depa. Tapi si bodoh si bodoh itu yang tinggalkan gua tanpa sebab musabab yang kukuh. Macam hanat rasa bila patah hati versi kena tinggal ni. Gua ni seorang lelaki yang sukakan kucing kot, mana mungkin lelaki penyayang macam gua akan berperilaku buruk seperti itu terhadap memakwe yang sedang mengenali hati budi gua. Scene kena tinggal makwe ni ada lah dalam 3 kali dalam hidup gua. Satu daripadanya adalah official relationship. Atau lebih tepat, first relationship gua. Lama gua berhubungan dengan makwe ustajah ni. Dari form 3 hingga gua masuk matrics. Cilaka! Gua taktau nak tulis pasal apa lagi kalau sembang pasal relationship ni, memandangkan gua pernah menjalin official relationship sekali tu je pun. Kahkah Yang lain lain tu, sekadar...

Melankolia Jam 5 Pagi

Gua start niaga sendiri dengan bakat serta minat yang ada dalam diri gua. Ada satu malam tu entah perasaan gundah apa yang melanda gua dan partner gua, Jay mengutarakan untuk kerah tenaga sepanjang harinya untuk menjadi pemandu grab dari pagi sampai ke tengah pagi esoknya yang memaksa gua untuk berkerja seorang diri di uptown 24 menghadap memakwe pelbagai rupa dan bentuk untuk 7 jam lamanya. Tapi gua rileks, gua okay saja. Gua dah memang biasa handle kerja-kerja pemakanan ni since kecik lagi. Gua ingat lagi first time gua masuk dapur (memasak) adalah ketika berumur 9 tahun. First attempt gua ialah nasi goreng mamak versi budak 9 tahun. Masa tengah into scene tu, tetengah pagi juga masa parents gua sedang enak dibuai mimpi. Dari nasi goreng mamak versi 9 tahun itulah gua ambil keputusan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah ketika tingkatan tiga dalam pertandingan memasak yang 97% para pesertanya adalah perempuan dan lagi 3% tu adalah team gua, demi lencana di dada sekolah semua ...