Skip to main content

Berdoa Di Hari Sabtu

Esok hari genaplah 3 bulan gua menjadi seorang anak kota yang selamba rok berhijrah berbekalkan beg deuter berkapasiti 10 liter dan segulung tilam lusuh untuk melengkapkan keperluan untuk meneruskan hidup yang penuh dengan tanda tanya ni.

Hari ni hari Sabtu. Sebagaimana rakyat marhaen sedia maklum, hari Sabtu adalah merupakan Hari Kenduri dan khas untuk orang ijab kabul. Benda ni walaupun tiada kajian terperinci yang dilaksana, tetapi ianya dipersetujui oleh orang kebanyakan. Jadi, apa yang gua tulis lu iyakan jelah.

Minggu lepas gua ada dapat jemputan majlis ijab kabul dari Emma, seorang gadis yang gua kawan sejak dari tingkatan 2 lagi tetapi kami masing masing tidak pernah bersua muka apatah lagi bertentangan mata. Gua bila dapat invitation makan free ni memang gua jarang nak tolak apatah lagi mengecewakan hati memakwe walaupun Emma ni bakal merubah title makwe kepada bini kepada bakal suaminya. Peh, complicated juga apa yang gua cuba sampaikan ni.

Ah, itu semua tak penting. Yang penting gua nak cerita yang gua bila dah sampai Masjid Negeri Shah Alam, masa lebih kurang lepas Zohor tadi, gua jadi bingung dan bangang seketika. Jarang jarang gua jadi bingung dan bangang dalam masa yang sama ni, selalunya gua bingung je. Mana taknya, bila gua sampai gua saspek majlis Emma je yang berlangsung, rupanya ada lagi beberapa family sedang melangsungkan juga majlis di sekitar masjid tersebut.

Gua geleng kepala. Mula mula gua larat lagi nak singgah satu satu majlis dan bertanya ni majlis siapa. Emma tak ada, laki si Emma pun tak ada. Bila dah masuk kali kelima bertanya, gua give up dan gua amik jalan mudah untuk terus makan di majlis Faiz dan Faiqah. Gua ceduk nasi dan lauk beberapa senduk lalu makan dengan bersahaja. Dari suapan pertama gua dah pesan pada diri gua, "ini macam punya sedap, boleh tambah nii." Tapi sebabkan gua berpijak pada bumi yang nyata, gua akui gua memang cepat kenyang bila makan tengahari, terus gua minum air sirap separa sejuk untuk menutup majlis makan tengahari gua di majlis entah siapa siapa ni.

Nampak macam gua biasa buat job ni kan? Tapi percayalah sebenarnya ini adalah kali pertama gua. Bukan apa, gua dah text Emma dari pagi hinggalah sebelum gua gerak ke masjid, tapi tiada sebarang balasan dari Emma. Jadi, gua pun tanam padat padat dalam iman gua mengatakan, "takpa, orang buat kenduri ni niat dia nak sedekah. apalah sangat kalau gua termakan kat majlis dia." Itu je. Power juga mindset gua bila gua kenang kembali.

Apa apahal pun, sebelum gua chow dari majlis makan tadi gua sempat bersalaman dengan bapak pengantin. Entah si bapak Faiz ke bapak si Faiqah entah. Sambil dia passing door gift dan tangan gua masih menggenggam erat, gua doa kuat kuat "semoga family pakcik diberkati Allah. aminnn." Pakcik tu amin, gua senyum, dia senyum dan gua terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi.

Begitulah kisah menjadi miskin gua pada hari Sabtu, Hari Kenduri buat orang Malaysia ini.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Cerita Sekarang ?

Sedari awal tahun itu hari, gua kerap terima soalan berbaur, "Brado apa cerita sekarang?" Secara personal, gua sendiri pun taktau nak cerita macam mana. Jadi gua cuba cerita serba ringkas kat sini. 1. Nov 2017 gua konvo. Sebelum gua bergerak ke Perlis untuk meraikan detik jatuh bangun gua masa study dulu, out of nowhere gua dapat banyak offer kerja dari pelbagai bidang. Di mana offer offer tersebut gua tak minta / apply pun. Sebab since day one bikin Brado, fokus gua hanyalah pada Brado. Gua tak pernah edit resume, apatah lagi apply mana mana kerja. Tetapi offer offer yang gua dapat tersebut adalah rezeki disebalik ke-steady-an gua mengemudi Brado. Ada orang aware dengan fokus gua, depa tertarik dan kemudian offer gua benda sedap sedap. 2. Disebabkan terlalu banyak offer yang datang, membuatkan gua berfikir balik tentang apa yang gua nak sebenarnya dalam hidup ni? Dari segi career dan satisfaction. 3. Gua ambil keputusan untuk left Brado dan serahkan perusahaan te...

Bekerja Seperti Seekor Babi

Labour of hate // Carburetor Dung Gua sejak sejak kerja 100% as freelancer ni, ramai betul orang tuduh gua workaholic. Gua macam nak gelak kecil juga sebenarnya sebab gua sendiri tak sure gua eja workaholic tu betul ke tak. Tiap kali nak eja mesti teringat minuman fav gua masa kecik kecik dulu, Horlicks. Disebabkan word workaholic tu terlalu power pada gua, gua lagi prefer penggunaan perkataan "kerja keras" dalam kehidupan seharian gua. Barulah ada bunyian rock nusantara! Aduh, perut buat hal pulak! Ni mesti kes gua sarapan cereal pastu makan ubat ubatan lah ni. Gila betul, makan susu campoq ubat. Gua macam was was juga tadi, tapi sebab memang malas nak makan makanan lain, gua bebuat yakin jee. Sat, bagi gua membuang sat. xxx Ada apa dengan kerja keras ni sebenarnya? Tak, macam ni. Macam tadi gua sebut, ramai yang tuduh gua yang kerja biasa biasa ni sebagai gua kerja keras gila babi. Gua macam nak deny juga hakikat tu sebenarnya. Sebab yelah, gua kerja as ...

Data Kemiskinan Makwe Dari UNICEF

Pernah suatu ketika dulu, gua pun pernah bercinta juga. Walaupun tidak sekerap orang lain bertukar pasangan, tetapi masih gua juga pernah bertukar pasangan. Ada beberapa ketikanya, gua bertukar pasangan bukan sebab gua yang tinggalkan depa. Tapi si bodoh si bodoh itu yang tinggalkan gua tanpa sebab musabab yang kukuh. Macam hanat rasa bila patah hati versi kena tinggal ni. Gua ni seorang lelaki yang sukakan kucing kot, mana mungkin lelaki penyayang macam gua akan berperilaku buruk seperti itu terhadap memakwe yang sedang mengenali hati budi gua. Scene kena tinggal makwe ni ada lah dalam 3 kali dalam hidup gua. Satu daripadanya adalah official relationship. Atau lebih tepat, first relationship gua. Lama gua berhubungan dengan makwe ustajah ni. Dari form 3 hingga gua masuk matrics. Cilaka! Gua taktau nak tulis pasal apa lagi kalau sembang pasal relationship ni, memandangkan gua pernah menjalin official relationship sekali tu je pun. Kahkah Yang lain lain tu, sekadar...