Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Melankolia Jam 5 Pagi

Gua start niaga sendiri dengan bakat serta minat yang ada dalam diri gua. Ada satu malam tu entah perasaan gundah apa yang melanda gua dan partner gua, Jay mengutarakan untuk kerah tenaga sepanjang harinya untuk menjadi pemandu grab dari pagi sampai ke tengah pagi esoknya yang memaksa gua untuk berkerja seorang diri di uptown 24 menghadap memakwe pelbagai rupa dan bentuk untuk 7 jam lamanya. Tapi gua rileks, gua okay saja. Gua dah memang biasa handle kerja-kerja pemakanan ni since kecik lagi. Gua ingat lagi first time gua masuk dapur (memasak) adalah ketika berumur 9 tahun. First attempt gua ialah nasi goreng mamak versi budak 9 tahun. Masa tengah into scene tu, tetengah pagi juga masa parents gua sedang enak dibuai mimpi. Dari nasi goreng mamak versi 9 tahun itulah gua ambil keputusan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah ketika tingkatan tiga dalam pertandingan memasak yang 97% para pesertanya adalah perempuan dan lagi 3% tu adalah team gua, demi lencana di dada sekolah semua ...

Hidup Sebagai Naratif

"Perhatian kepada para pengunjung, segala operasi akan ditamatkan pada 3.30 pagi. Sekian terima kasih." Suara ala Moots Pop Shuvit berkumandang dari pembesar suara usang yang terletak di celah kesibukan pengunjung uptown 24. Gua yang sedang bertungkus lumus menggoreng ayam buat memakwe di stall tetiba jadi ringan mulut, "yaa, orang tau lahhh!" Begitulah sikap anak punk yang selalu saja keras dan melawan. Bukan tunduk dan patuh tak semena sampai orang pijak kepala. Selalu yang jenis tunduk dan patuh ni lah menjadi mangsa retakan hati dari memakwe. Jenis senang kena game. Ahh, gua melalut apa? By the way, nama gua Mad Jimmy. Lu boleh panggil gua, Mad. Ataupun Jimmy. Panggil Sayang, bila betul-betul sayang saja okay? Pekerjaan gua selain menjadi punk, gua merupakan seorang bekas pembakar pizza di tengah kota dan sekarang tenang fokus pada menggoreng ayam diy. Ini adalah pekerjaan paling true selama gua pernah kerja. Tiada boss, tiada staff, tiada officemates, tia...

Berdoa Di Hari Sabtu

Esok hari genaplah 3 bulan gua menjadi seorang anak kota yang selamba rok berhijrah berbekalkan beg deuter berkapasiti 10 liter dan segulung tilam lusuh untuk melengkapkan keperluan untuk meneruskan hidup yang penuh dengan tanda tanya ni. Hari ni hari Sabtu. Sebagaimana rakyat marhaen sedia maklum, hari Sabtu adalah merupakan Hari Kenduri dan khas untuk orang ijab kabul. Benda ni walaupun tiada kajian terperinci yang dilaksana, tetapi ianya dipersetujui oleh orang kebanyakan. Jadi, apa yang gua tulis lu iyakan jelah. Minggu lepas gua ada dapat jemputan majlis ijab kabul dari Emma, seorang gadis yang gua kawan sejak dari tingkatan 2 lagi tetapi kami masing masing tidak pernah bersua muka apatah lagi bertentangan mata. Gua bila dapat invitation makan free ni memang gua jarang nak tolak apatah lagi mengecewakan hati memakwe walaupun Emma ni bakal merubah title makwe kepada bini kepada bakal suaminya. Peh, complicated juga apa yang gua cuba sampaikan ni. Ah, itu semua tak penting. Ya...

Disclaimer Para Hadiran

Ingatlah pesan gua ni elok-elok, menjadi miskin ni adalah satu fitrah yang tak semua orang lalui dalam moment dan sifat yang sama. Yang penting apa lu tau? Yang penting, lu enjoy the moment when you're definetely broke. Menjadi miskin bukanlah satu dosa ianya adalah nahu dalam sebuah kehidupan. Oh, and please. Menjadi miskin ni bukan semata demi duit sahaja, kekadang ilmu, kebahagiaan, empati dan harapan juga boleh diilustrasikan sebagai kemiskinan. So, bear in your mind. Gua akan tulis moment moment atau notable quote berkenaan Menjadi Miskin selama mana yang gua nak. Selamat follow dan membaca!