Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Apa Cerita Sekarang ?

Sedari awal tahun itu hari, gua kerap terima soalan berbaur, "Brado apa cerita sekarang?" Secara personal, gua sendiri pun taktau nak cerita macam mana. Jadi gua cuba cerita serba ringkas kat sini. 1. Nov 2017 gua konvo. Sebelum gua bergerak ke Perlis untuk meraikan detik jatuh bangun gua masa study dulu, out of nowhere gua dapat banyak offer kerja dari pelbagai bidang. Di mana offer offer tersebut gua tak minta / apply pun. Sebab since day one bikin Brado, fokus gua hanyalah pada Brado. Gua tak pernah edit resume, apatah lagi apply mana mana kerja. Tetapi offer offer yang gua dapat tersebut adalah rezeki disebalik ke-steady-an gua mengemudi Brado. Ada orang aware dengan fokus gua, depa tertarik dan kemudian offer gua benda sedap sedap. 2. Disebabkan terlalu banyak offer yang datang, membuatkan gua berfikir balik tentang apa yang gua nak sebenarnya dalam hidup ni? Dari segi career dan satisfaction. 3. Gua ambil keputusan untuk left Brado dan serahkan perusahaan te...

Minda Seorang Pahlawan Dahagakan Air

Hari itu matahari sangat terik. Cahaya menyilau merembes hangat yang tak patut. Aku dahaga. Aku mahu mandi. Sesekali aku menyeluk poket mencari lebihan wang kertas bagi membeli sebotol air isotonik. *seluk poket* *kosong* Faker, aku mati dalam keadaan dahaga ini hari. Tiada lebihan duit dalam poket, apatah lagi dalam dompet. Tragedi apa lagi yang akan aku lalui. Budaya minum air paip masjid sudah lama aku tinggalkan. Terakhir kali adalah zaman ijazah dahulu. Itu pun sebab dahaga lepas latihan ragbi, bukan kerana tiada tunai. Anak mataku mengekor gerak langkah seorang mamat di seberang jalan. Entah apa yang dibuatnya tengah terik begini. Tidakkah dia berasa kekeringan di kerongkong, macam aku? Atau, adakah dia cuba meraih simpati depan aku - yang juga kedahagaan dan tiada duit ini? Persoalan demi persoalan muncul, semacam makcik bawang yang leka bermain facebook. Aku harus hentikan persoalan persoalan liar dan perangai selalu memerhati orang ini dengan segera. Kalau makcik ...