Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Duit Rokok

Satu perkara yang gua tak boleh deny dalam hidup ni, adalah sedekah takkan pernah sekali merugikan gua. Masa gua tengah takde duit sangat, dan memang dalam kondisi payah nak bersedekah gua cuba amalkan satu perkara ni. Duit yang gua belanjakan untuk beli rokok, selalunya gua akan asingkan dan letak dalam pokok jubah gua. Gua punya habit bila pi masjid memang takkan bawa wallet, menyebabkan gua selalu susah untuk sedekah di tabung masjid. So, dengan ini tiap kali pi masjid (selalunya Jumaat) tanpa sedar, duit akan sentiasa ada dalam poket gua untuk bersedekah. Tak kisah amount dia berapa, sebab selalunya gua akan letak singgit dua je dalam poket jubah tu. Kalau gua jarang pi masjid, maknanya makin banyak lah amount yang ada. Small steps yang akan gua jadikan habit sampai bila bila, insyaAllah sampai hujung nyawa. Walaupun masa tu, maybe gua dah tak merokok dah. Apa orang kata, jadilah singgit dari takde apa. Gitu gitu lah.